Tuesday, August 26, 2014

52 Tahun Mampu Hafaz Quran!!

0

[Tahfiz NEURO Dewasa]

Ini adalah salah seorang peserta kelas saya. Umur sudah cecah 52 Tahun. Ada yang rasa macam tidak boleh menghafaz lagi. Bahkan beliau sudah buktikan yang beliau boleh menghafaz dengan baik menggunakan kaedah NEUROFISIOLOGI ini.

Saya sebut nombor ayat dalam surah sahaja, beliau boleh sebut ayat tersebut dengan tepat. Perhatikan video ini satu persatu.

Tidak cukup dengan kaedah yang baik sahaja, beliau juga mempunyai azam yang tinggi untuk menghafaz Quran sehingga sanggup hubungi saya untuk masuk kelas pada jam 12.30 malam.

Saya yakin orang yang ada Quran di dadanya in shaa Allah, Allah akan pelihara jasadnya di alam kubur nanti.

Beliau sudah buktikan. ANDA??

Kami masih buka peluang DAFTAR 1 PERCUMA 1 untuk kelas yang pengambilan pada 9 September ini di Tahfiz Nadi Al-Baghdadi Centre Sri Serdang.

Boleh hubungi saya di 013 327 0512 untuk DAFTAR.



Friday, August 22, 2014

Monday, August 11, 2014

Pengambilan Kelas Quran dan Aktiviti

0

 KELAS ASAS TAJWID TEKNIK AL-BAGHDADI

ALC SRI SERDANG


ALC PRESINT 11


JADUAL PENGAJIAN
SESI OGOS-OKTOBER, 2014
Kelab AL-BAGHDADI Dewasa & Remaja
Al-BAGHDADI LEARNING CENTRE SRI SERDANG

Kelas Asas Tajwid 03Bermula 14 OGOS KHAMIS Jam 8:30 MALAM
Kelas Asas Tajwid 04: Bermula 02 SEPTEMBER SELASA  Jam 8:15 MALAM

AL-BAGHDADI LEARNING CENTRE PUTRAJAYA PRESINT 11
Kelas Asas  Tajwid 01: Setiap Hari SELASA Jam 8:30 MALAM.

Anda boleh daftar dengan SMS  ke 012 327 0512 dan menyatakan centre samada di Sri Serdang atau Presint 11  seperti berikut :   < NAMA> < SS> untuk Sri Serdang ATAU  <NAMA> <P11> untuk Presint 11
Contoh : MUHAMMAD HAZIM SS atau MUHAMMAD HAZIM P11



MODUL PEMBELAJARAN TEKNIK AL-BAGHDADI




KELAS ASAS AL-QURAN TEKNIK AL-BAGHDADI


JADUAL PENGAJIAN
SESI OGOS-OKTOBER, 2014
Kelab AL-BAGHDADI Dewasa & Remaja
Al-BAGHDADI LEARNING CENTRE SRI SERDANG
Kelas Asas Al-Quran  : Bermula  29 OGOS, JUMAAT, Jam 8:15 MALAM 
Kelas Asas Tajwid   : Bermula  14 OGOS KHAMIS  Jam 8:30 MALAM
Talaqi Al-Quran  : Setiap Hari ISNIN  Jam 8:15 MALAM

AL-BAGHDADI LEARNING CENTRE PUTRAJAYA PRESINT 11
Kelas Asas  Al-Quran  : Akan di maklumkan Jam 8:30 MALAM.


Anda boleh daftar dengan SMS  ke 012 327 0512 dan menyatakan centre samada di Sri Serdang atau Presint 11  seperti berikut :   < NAMA> < SS> untuk Sri Serdang ATAU  <NAMA> <P11> untuk Presint 11
Contoh : MUHAMMAD HAZIM SS atau MUHAMMAD HAZIM P11

Thursday, August 7, 2014

Testimoni

0

ADIK SOFFIAH JAMILAH : 5 TAHUN


TERTARIK  DENGAN  CARA  MUDAH  BELAJAR  AL-QURAN  TEKNIK  AL-BAGHDADI

Assalamu’alaikum.
Saya, Puan Anisah dari Kuantan telah mengikuti  beberapa siri kursus anjuran Syihab Resourcers.
Selesai mengikuti Kursus Perunding pada 15-16 Mei 2010 saya berazam melakukan testimoni pertama kepada anak perempuan saya Sofiyyah Jamilah yang berusia 5 tahun.  Anak saya sudahpun mengenali huruf-huruf hijaiyyah sebelum ini.

Setelah diperkenalkan teknik ini, dia lebih tertarik belajar dan seronok menggunakan alat ketukan tidak langsung membantunya mengenal, mengingat dan menguasai bacaan secara lebih berdisiplin,  terkawal dan baik sepanjang proses pembelajaran.  Membaca sambil mengetuk pada peringkat permulaan secara

Saya dapati bantuan alat ketukan menjadikannya lebih berminat belajar dan berusaha untuk cepat menghabiskan kandungan buku Tamhid Al-Baghdadi. Dalam tempoh 2 – 3 minggu anak saya berjaya menghabiskan kandungan buku tersebut seterusnya bermotivasi mengulang-ulang bacaan yang telah dibaca tanpa paksaan. 

Minggu seterusnya saya mengujinya dengan potongan ayat-ayat Al-Quran secara rawak termasuk sebahagian besar kandungan buku Iqra’  4, 5 dan 6. Alhamdulillah dia dapat mengenal dan membacanya dengan baik. Kini dia sudah dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan agak baik hingga juzuk ke-4 di samping berminat menghafal surah-surah lazim.



Insya-Allah saya berazam untuk terus mengenengahkan dan berkongsi ilmu tentang teknik Al-Baghdadi ini dengan anak-anak didik, rakan-rakan  dan sesiapa sahaja yang memerlukan.

Tahniah kepada pengasas Syihab Resourcers dan seluruh warga kerjanya dengan izin Allah telah memperkenal dan mengembangkan teknik mudah dan menarik dalam mempelajari dan menguasai bacaan Al-Quran. Mudah-mudahan usaha ini menjadi salah satu cara efektif yang akan dapat membantu menangani masalah penguasaan bacaan Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam masa kini.

Teruskan usaha memartabatkan Al-Quran . 
Terima kasih
Wassalam.

Anisah Manaf  
013-9569847
29.10.2010 / 21 Zulqaedah 1431.



Alhamdulillah, Dengan Teknik Al-Baghdadi Saya Boleh Membaca Al-Quran Dalam TempohHari Sahaja, Terima Kasih Al-Baghdadi, Terima Kasih 22 Ustazah

APA KATA GURU AL-QURAN


"Teknik Al-Baghdadi Memudahkan saya mengajar Al-Quran dan mengawal disiplin murid saya, 
mengajar dengan teknik Al-Baghdadi tidak memenatkan saya serta murid tidak jemu untuk melakukan latih tubi…Alhamdulillah denganizin Allah swt., dua murid saya telah mampu membaca Al-Quran dalam tempoh 22 hari diperkenalkan dengan Teknik Al-Baghdadi,Sangat Berkesan


Ustazah Rohaya Man
Guru Al-Quran, Alor Setar Kedah



Alat Pembelajaran

0


TAMHID AL-BAGHDADI
Buku Tamhid Al-Baghdadi adalah merupakan Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran, asas-asas tersebut adalah:
  • Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
  • Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah
  • Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin
  • Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad
  • Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
  • Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu
Buku Tamhid Al-Baghdadi menerapkan pelbagai teknik pengajaran dan teknik bacaan bagi memberi kesan yang lebih baik bagi seseorang yang ingin menguasai bacaan Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Antara kaedah dan teknik asas yang digunakan ialah Teknik Ketukan.


SET KAYU KETUK



Set Alat Ketuk adalah satu alat bantu mengajar yang direka khas bagi tujuan memberikan kesan yang lebih baik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Tenik ketukan didapati mempu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta mampu melahirkan pembaca yang berdisplin di dalam bacaannya.

Terdapat pelbagai teknik yang juga diaplikasikan di dalam tamhid al-baghdadi ini, antaranya;Teknik Bacaan Berirama, Teknik Titian Unta dan Kaedah SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis)



TAJWID AL-BAGHDADI
Buku Tajwid Al-Baghdadi adalah merupakan siri pelengkap kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al-Quran.

Buku Tajwid Al-Baghdadi menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafalan teori ilmu tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini di harapkan dapat memberikan kesan yang lebih kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid dalam Al-Quran dalam tempoh yang singkat.






KIT BOX ALADIN PLAYTIME & KAD AL-BAGHDADI [Untuk Kanak-Kanak]
Kit Box Aladin Playtime serta Kad Al-Baghdadi ini adalah alat pembelajaran yang khusus untuk kanak-kanak yang mana ianya membolehkan mereka bermain sambil belajar secara tidak langsung. pendekatan ini sangat efektif dan boleh memberi kesan yang cepat terhadap mereka untuk menguasai pembacaan Al-Quran.

Kit Box mengandungi 2 dadu, 4 bean bag bagi permainan Aladin Playtime manakala Kad Al-Baghdadi pula mengandungi:

  • 312 keping kad Al-Baghdadi bagi 11 kelompok pembelajaran asas Al-Quran
  • Buku Panduan Lengkap untuk guru dan ibubapa termasuk 12 permainan kreatif
  • "Blue Tack" bagi memperbagaikan aktiviti permainan



Teknik Al-Baghdadi

0



Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem Struktur, Analisa & Sintesis atau SAS, padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan Alat Bantuan Mengajar atau ABM yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti.

Al-Baghdadi Di MHI,TV3


Sedutan Al-Baghdadi di Malaysia Hari Ini (MHI) , TV3 bersama pengasas teknik Al-Baghdadi ini iaitu Ustaz Jalaluddin Hassanuddin Al-Baghdadi serta adik Soffiah, 5 tahun yang kini telah Khatam Al-Quran menggunakan teknik ini.