Monday, September 8, 2014

Peserta berumur 52 Tahun Ditebuk ayat Quran

0




[Orang TUA Yang Hafaz Al-Quran]

Seorang guru al-Quran menceritakan suatu hari beliau pergi ke sebuah tempat yang agak jauh dari rumahnya. Kemudian beliau singgah ke masjid untuk menunaikan solat fardhu. 

Sementara menanti waktu solat, beliau mencapai mushaf dan membacanya. Ketika itu, beliau dapati seorang tua yang sedang duduk dalam masjid. Kemudian beliau cuba mendekatkan dirinya kepada guru al-Quran. Maka guru al-Quran membaca dan orang tua ini begitu berminat mendengar bacaan orang muda ini. 

Selepas selesai solat: 

Orang tua: Wahai anakku, bolehkah kamu menolongku untuk menghafaz al-Quran sedangkan usiaku sudah MENCECAH 80 TAHUN. 

Guru al-Quran: Boleh tetapi alangkah mudahnya kamu membaca dan menghafaznya sendiri:

Orang tua: Saya BUTA HURUF, tidak tahu membaca dan menulis.

Guru al-Quran: BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHAFAZNYA?

Orang tua: KAMU BACA SAYA DENGAR dan SAYA ULANG

Selepas bersepakat untuk menolong orang tua ini, guru al-Quran tersebut telah mengajak rakannya bergilir-gilir membantu orang tua tersebut.

P/s: Inilah antara cara Al-Baghdadi di Tahfiz Nadi Al-Baghdadi Centre Sri Serdang gunakan. Pengulangan ayat lebih 21 kali. In shaa Allah boleh membantu anda untuk menghafaz Quran dengan lebih mantap.

** Yang berumur atau dewasa kita akan mula 9 SEPTEMBER. Promosi kelas ini, DAFTAR 1 PERCUMA 1 di 013 327 0512.
** Sempena Cuti Sekolah, kami buka untuk ibu bapa DAFTAR anak-anak anda ke KEM TAHFIZ NEURO NADI di 013 327 0512

Testimoni kelas Dewasa di SERDANG

0 comments:

Post a Comment