Thursday, October 30, 2014

Tamat Kempen I WANT TO TOUCH QURAN: 'BEN 10' di UPM

0


Bersama Peserta BEN 10 UPM

[PROGRAM HAFAZAN PERTAMA DI IPT]

29 Oktober 2014, Serdang - Bengkel Hafazan Neuro Nadi Albaghdadi dikenali dengan nama ringkasnya sebagai BEN 10 telah selamat melabuhkan tirainya dalam kempen I WANT TO TOUCH QURAN

Program ini di anjurkan oleh Pusat Islam Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Pusat Tahfiz Nadi Al-Baghdadi SerdangPusat Tahfiz Nadi Al-Baghdadi Seksyen 4 Shah Alam serta Dana Wakaf Ilmu UPM. Ucapan aluan program telah disampaikan oleh Ustaz Syahmi wakil dari Pusat Islam UPM.

 Seramai kira-kira 60 orang peserta yang hadir dalam Program I WANT TO TOUCH QURAN: BEN 10 UPM  yang semuanya menyatakan rasa seronok dan sangat teruja dengan pendekatan baru hafazan menggunakan konsep Neurofisiologi dengan memanfaatkan kedua-dua otak kanan dan kiri bagi menghasilkan hafazan yang mantap. 

Para Peserta didedahkan dengan konsep hafazan menggunakan konsep neurofisiologi dan akhirnya praktikal kepada peserta bagaimana menghafaz menggunakan teknik ini. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada Staff dan Pelajar UPM, masyarakat Serdang, serta wakil guru dari Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz (SRITI).

Justeru selepas tamat sahaja program, Penganjur menghadiahkan set Modul Nadi Al-Baghdadi kepada peserta lelaki dan perempuan yang terbaik yang di sampaikan oleh Ustaz Nuruliman Ibrahim sejurus menyampaikan ucapan penutup bagi program ini.

Semoga program yang seba ringkas ini mampu membawa manfaatnya dunia dan akhirat. wallahu'alam.


Sesi Pendaftaran dibantu Nadi Al-Baghdadi Centre Seksyen 4, Shah Alam

Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Syakirin, Perunding Nadi Serdang

Peserta khusyuk mendengar

Pengarah Nadi Al-Baghdadi Centre (NAC) Serdang menyampaikan taklimat










Taklimat

Sesi Menghafaz

Sesi Menghafaz

Sesi Menghafaz

Sesi Menghafaz

Sesi Menghafaz

Sesi Menghafaz

Sesi Menghafaz

Sesi menghafaz




Ucapan penutup dati Ustaz Nuruliman Ibrahim

Peserta perempuan terbaik dari SRITI

Cenderamata kenangan NAC Serdang kepada wakil penganjur

Bersama Peserta di akhir program




Monday, October 20, 2014

Kempen: I WANT TO TOUCH QURAN

0


[I Want To Touch Quran]

Alhamdulillah, sejurus sahaja program I Want To Touch Dog, maka mula kita mencari pandangan ulama dan mula merujuk quran. Tidak kurang juga orang ramai yang mula menjalankan kempen I WANT TO TOUCH QURAN..
In shaa Allah dengan terlaksananya kempen I WANT TO TOUCH QURAN ini, saya mengajak semua yang melihat posting ini serta sampaikan kepada rakan yang lain untuk ke PROGRAM HAFAZAN PERTAMA DI IPT bagi mengembalikan diri kita untuk merujuk Quran yang akan berlangsung:
Hari: Rabu

Tarikh: 29 Oktober 2014

Tempat: Dewan Al-Khawarizmi Pusat Islam UPM

Masa: 8.00 pagi - 11.30 pagi

PENDAFTARAN: 013 327 0512
Bengkel Hafazan Neuro Nadi Al-Baghdadi ini mendedahkan kepada peserta bagaimana menggunakan konsep Neurofisiologi dalam hafazan sehingga dapat membaca ayat Quran secara RAWAK.
Malah bukan sahaja menghafaz ayat Quran, peserta akan memahami serta menghayati isi kandungan Quran. Semoga dengan kehadiran kita ke program ini akan memberikan manfaat yang berpanjangan kepada kita semua aminn..

Semua dijemput hadir
Anjuran: Pusat Islam Upm


Sunday, October 19, 2014

KEM HAFAZAN NEURO NADI AL-BAGHDADI & KEM ASAS QURAN TEKNIK AL-BAGHDADI

0



KEM HAFAZAN NEURO NADI AL-BAGHDADI KEM ASAS QURAN TEKNIK AL-BAGHDADI


Pilih medium ILMU sebagai pelaburan untuk cuti sekolah anak.
Tinggal beberapa minggu sebelum bermula cuti sekolah anak.
Hantar anak ke program cuti sekolah ,
----------------------------------
KEM HAFAZAN NEURO NADI AL-BAGHDADI

KEM SMART QURAN DENGAN TEKNIK AL-BAGHDADI
---------------------------------
+ Manfaatkan cuti sekolah anak sebaiknya.
+ Didik anak untuk BACK TO AL-QURAN dari usia muda.
+ Latih anak lancar membaca Al-Quran tanpa salah dan tersekat-sekat.
+ Ajak anak-anak untuk mudah menunaikan solat.
+ Jadikan cuti sekolah anak sebagai masa untuk reset fitrah anak bersama Al-Quran.
+ Hafaz Quran guna konsep NEUROFISIOLOGI.
+ Tahfiz Neuro Nadi Al-Baghdadi sebagai sistem sokongan anak-anak menghafaz Quran.

-----
+ Tarikh : 
24 November sehingga 24 Disember 2014 )

+ Hari
Setiap Isnin & Rabu

+ Lokasi : 
Al-Baghdadi Learning Centre Serdang

+ Yuran : 
EARLY BIRD sehingga 1 November 2014 : RM200/pax
NORMAL RATE : RM290 / pax

+ Cara Mendaftar : 

Klik di link ini ---> kemtahfiznadi.com

* sebarang pertanyaan hubungi :
Ustaz Hazim - 013 327 0512 
Ustazah Asma - 013 249 1330


Tuesday, October 14, 2014

BEN 10 PPD KLUANG BERJALAN LANCAR

0

Sesi Latihan Hafazan Teknik Neuro Nadi Al - Baghdadi








Sesi menguji untuk tebuk surah






Sesi Latihan Teknik Hafazan Neuro Nadi

Sesi Latihan Teknik Hafazan Neuro Nadi



Menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik setiap kumpulan
Menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik setiap kumpulan

Menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik setiap kumpulan
Penghargaan PPD Kluang kepada Ustaz Hazim, Pengarah Pusat Tahfiz Nadi Al-Baghdadi Serdang
Pengarah ALC Kluang menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik
Penghargaan Pusat Tahfiz Nadi Serdang kepada PPD Kluang
Sesi Penggambaran sebahagian peserta BEN 10

Alhamdulillah, telah selesai Bengkel Hafazan Teknik Neuro Nadi Al-Baghdadi (BEN 10)Bersama PPD Kluang pada 11 Oktober 2014 tempohari. Kehadiran peserta adalah hampir 150 penyertaan termasuk pelajar sekolah menengah dan rendah serta guru-guru agama di seluruh daerah Kluang Johor.

Terima kasih kepada Ustaz Faizal di atas kesudian memangggil pihak kami bagi mendedahkan teknik ini kepada seluruh Daerah Kluang. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha kita supaya dalam memperjuangkan pendidikan Quran.

Inshaa Allah akan diteruskan Program BEN 10 ini pada 29 Oktober di UPM.
SEMUA DIJEMPUT HADIR......

PROGRAM HAFAZAN PERTAMA DI IPT