|
Bersama Peserta BEN 10 UPM |
[PROGRAM HAFAZAN PERTAMA DI IPT]
29 Oktober 2014, Serdang - Bengkel Hafazan Neuro Nadi Albaghdadi dikenali dengan nama ringkasnya sebagai BEN 10 telah selamat melabuhkan tirainya dalam kempen I WANT TO TOUCH QURAN.
Program ini di anjurkan oleh Pusat Islam Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Pusat Tahfiz Nadi Al-Baghdadi Serdang, Pusat Tahfiz Nadi Al-Baghdadi Seksyen 4 Shah Alam serta Dana Wakaf Ilmu UPM. Ucapan aluan program telah disampaikan oleh Ustaz Syahmi wakil dari Pusat Islam UPM.
Seramai kira-kira 60 orang peserta yang hadir dalam Program I WANT TO TOUCH QURAN: BEN 10 UPM yang semuanya menyatakan rasa seronok dan sangat teruja dengan pendekatan baru hafazan menggunakan konsep Neurofisiologi dengan memanfaatkan kedua-dua otak kanan dan kiri bagi menghasilkan hafazan yang mantap.
Para Peserta didedahkan dengan konsep hafazan menggunakan konsep neurofisiologi dan akhirnya praktikal kepada peserta bagaimana menghafaz menggunakan teknik ini. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada Staff dan Pelajar UPM, masyarakat Serdang, serta wakil guru dari Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz (SRITI).
Justeru selepas tamat sahaja program, Penganjur menghadiahkan set Modul Nadi Al-Baghdadi kepada peserta lelaki dan perempuan yang terbaik yang di sampaikan oleh Ustaz Nuruliman Ibrahim sejurus menyampaikan ucapan penutup bagi program ini.
Semoga program yang seba ringkas ini mampu membawa manfaatnya dunia dan akhirat. wallahu'alam.
|
Sesi Pendaftaran dibantu Nadi Al-Baghdadi Centre Seksyen 4, Shah Alam |
|
Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Syakirin, Perunding Nadi Serdang |
|
Peserta khusyuk mendengar |
|
Pengarah Nadi Al-Baghdadi Centre (NAC) Serdang menyampaikan taklimat |
|
Taklimat |
|
Sesi Menghafaz |
|
Sesi Menghafaz |
|
Sesi Menghafaz |
|
Sesi Menghafaz |
|
Sesi Menghafaz |
|
Sesi Menghafaz |
|
Sesi Menghafaz |
|
Sesi menghafaz |
|
Ucapan penutup dati Ustaz Nuruliman Ibrahim |
|
Peserta perempuan terbaik dari SRITI |
|
Cenderamata kenangan NAC Serdang kepada wakil penganjur |
|
Bersama Peserta di akhir program |
0 comments:
Post a Comment